Saturday, October 3, 2009

PIAGAM PELANGGAN SK KRUSEN

KAMI WARGA SK. KRUSEN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA KAMI UNTUK:

MURID

# Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid secara adil dan saksama.

# Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini mendapat tempat yang sesuai.

# memberi peluang agar setiap murid melibatkan diri dalam bidang kokurikulum dengan aktif.

# Mengambil berat terhadap disiplin supaya murid sentiasa berada pada tahap disiplin yang terpuji.

GURU DAN STAF

# Mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan, gaji dan kebajikan staf.

# menyediakan peluang bagi meningkatkan diri untuk memaksimumkan potensi dalam profesionnya.

IBU BAPA/PENJAGA

# Memastikan ibu bapa/penjaga yang berurusan dengan sekolah diberi layanan mesra dan saksama.

# Menerima, meneliti dan mengambil tindakan terhadap setiap aduan daripada ibu bapa/penjaga.

STAKE HOLDER

# Berusaha dan memberi sokongan terhadap program dari jabatan dan Kementerian Pelajaran.

# Sentiasa mematuhi dan akur terhadap tugas dan arahan PPDS,JPNS,KPM dan bertindak dalam masa yang ditetapkan.

KOMUNITI

# Sentiasa bekerjasama dengan PIBG dan komuniti tempatan.

No comments:

Post a Comment